Pulihkan air tercemar, titah TMJ


KERAJAAN negeri Johor diminta mengambil tindakan-tindakan yang perlu bagi memulihkan air di negeri ini dari segi pencemaran.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah agar pengurusan air dibuat dengan lebih baik selain mendidik rakyat mengenai kesedaran terhadap penggunaan air.

Menerusi satu catatan di laman Facebook rasmi baginda, Tunku Ismail turut bertitah yang baginda memandang serius berkenaan isu pencemaran dan penyalahgunaan air  di Johor.

Terdahulu, Tunku Ismail, yang juga Pemangku Raja Johor, berkenan berangkat ke Taklimat Pengurusan Air Negeri Johor di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Iskandar Puteri, pada hari ini.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan taklimat sedang berlangsung, turut dikongsikan baginda dalam laman sosial.

Kelihatan hadir pada menghadiri taklimat berkenaan ialah Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal, Setiausaha Kerajaan Negeri Azmi Rohani dan beberapa barisan Exco. – Bernama, 18 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen