SEORANG lagi kanak-kanak mangsa kejadian tadika yang dibakar dengan sengaja di Brazil meninggal dunia semalam. Jumlah kematian kini sembilan orang.
Kanak-kanak malang berusia 4 tahun itu dipindahkan ke sebuah hospital di Belo Horizonte, lapor akhbar tempatan, Folha de Sao Paulo.
Tragedi kebakaran itu berlaku pada pagi Khamis, di Janauba pekan yang didiami 70,000 orang kira-kira 600km dari Belo Horizonte, ibu kota Minas Gerais.
Seorang pengawal keselamatan menyimbah alkohol ke arah kanak-kanak di tadika itu sebelum membakar bangunan berkenaan. Dia sendiri mati akibat melecur beberapa jam kemudian.
Menurut pihak berkuasa, penyerang itu mengalami masalah mental sejak 2014.
Datuk bandar Janauba mengumumkan tujuh hari berkabung, sementara Presiden Brazil Michel Temer meluahkan solidaritinya bersama mangsa tragedi itu. – AFP, 8 Oktober, 2017.
Komen