Usaha berbaloi, kata pencabar Anifah


Jason Santos

Karim Bujang Warisan sentiasa yakin kepada undang-undang ketika memfailkan petisyen mencabar kemenangan Anifah Aman dalam PRU14 di kerusi Parlimen Kimanis. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Ogos, 2019.

KARIM Bujang dari Parti Warisan Sabah (Warisan) sentiasa yakin kepada undang-undang ketika memfailkan petisyen mencabar kemenangan Anifah Aman dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di kerusi Parlimen Kimanis.

Beliau berkata atas keyakinan itulah beliau bertekad mencabar keputusan pilihan raya Kimanis dan menunggu selama setahun tiga bulan sehingga keputusan mahkamah dikeluarkan hari ini.

“Saya yakin kepada kedaulatan undang-undang. Kalau terbukti ada ketidakadilan, kena lawan.

“Ini untuk semua orang. Jika mereka menafikan hak anda maka anda mesti ambil tindakan sepatutnya,” kata Karim kepada pemberita hari ini.

Mahkamah Pilihan Raya hari ini mengisytiharkan kerusi parlimen Kimanis yang dimenangi oleh Anifah pada PRU14 terbatal dan tidak sah.

Hakim Lee Heng Cheong memutuskan demikian selepas menemui undi tidak sah dan unsur manipulasi ke atas peti undi yang digunakan untuk kerusi itu.

Hakim juga mendapati Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan Kesalahan Pilihan Raya mengikut Seksyen 32(b) Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Keputusan itu bakal menyaksikan satu pilihan raya kecil akan diadakan untuk kerusi Kimanis.

Bagaimanapun, mahkamah menolak tuduhan rasuah ke atas Anifah tetapi membenarkan tuduhan berkaitkan pelanggaran undang-undang pilihan raya. – 16 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen