Gibraltar bebas kapal tangki Iran


Kapal Grace 1 ditahan kerana disyaki menghantar minyak mentah ke Syria dan ia melanggar sekatan yang dikuat kuasa Kesatuan Eropah. – Gambar AFP, 16 Ogos, 2019.

PIHAK berkuasa Gibraltar hari ini membebaskan kapal tangki Iran yang ditahan sejak 4 Julai, kata pegawai.

Kapal yang ditahan dengan bantuan Marin Diraja Britain (British Royal Marines) itu menambah ketegangan hubungan Tehran-London dan dilihat balasan kepada rampasan terhadap kapal Britain Stena Impero oleh Iran bulan lalu.

Kapal Grace 1 akan diberi nama baharu dan diganti dengan bendera Iran dalam perjalanan seterusnya, kata Timbalan Ketua Pertubuhan Pelabuhan dan Maritim Iran Jalil Eslami.

“Atas permintaan pemiliknya, Grace 1 akan berlepas ke Mediterranean dengan mengibarkan dan diberi nama bahru  Adrian Darya.

“Kapal itu berasal dari Rusia dan membawa bendera Panama serta membawa dua juta tong minyak Iran,” katanya.

Mahkamah Agung Gibraltar mengarahkan kapal itu dibebaskan hari ini selepas pihak berkuasa maritim Britain berkata ia menerima jaminan bertulis dari Iran bahawa Grace 1 tidak akan menuju ke mana-mana negara dalam sekatan Kesatuan Eropah.

Kapal tersebut ditahan kerana disyaki menghantar minyak mentah ke Syria dan ia melanggar sekatan yang dikuat kuasa Kesatuan Eropah. – AFP, 16 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen