BANJIR kilat melanda kawasan Subang Jaya petang tadi menyebabkan beberapa kereta tenggelam selepas hujan lebat berlaku di sekitar Lembah Klang.
Video banjir kilat yang tular di media sosial menunjukkan dua kereta tenggelam dan dibawa arus di sepanjang Persiaran Kewajipan berdekatan Ibu Pejabat Polis Subang Jaya.
Sebuah lagi video yang tular di laman sosial Facebook Subang Jaya Echo bertajuk: “Banjir kilat petang tadi membanjiri jalan utama di Subang Jaya dan USJ. Banyak kenderaan terkandas”.
Video menunjukkan hujan lebat dan banjir di kawasan Subang Jaya.
Terdapat klip seorang lelaki berpakaian seragam cuba menolak kenderaan yang tenggelam ke kawasan yang lebih tinggi.
Pengguna Facebook lain, Gary SK Fong memuat naik video keretanya tenggelam di hadapan Giant Hypermarket di USJ.
The Malaysian Insight kini sedang mendapatkan maklum balas daripada jabatan bomba dan Ibu Pejabat Polis Subang Jaya. – 15 Ogos, 2019.
Komen