Isu khat, penyokong DAP dan Pakatan hilang kepercayaan


Sheridan Mahavera Yeoh Cheong Ee

Kontroversi isu khat yang berterusan telah mendedahkan defisit kepercayaan antara kerajaan Pakatan Harapan dan komuniti Cina yang telah lama menjadi penyokong kuat kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Ogos, 2019.

KONTROVERSI isu khat yang berterusan telah mendedahkan defisit kepercayaan antara kerajaan Pakatan Harapan dan komuniti Cina yang telah lama menjadi penyokong kuat kerajaan.

Rasa hilang kepercayaan terhadap kerajaan semakin menebal selepas PH tidak memenuhi janji untuk menangguhkan bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan memperuntukkan lebih banyak tempat untuk bukan Melayu dalam program matrikulasi.

Krisis ini juga telah mendedahkan perpecahan dalaman DAP di antara dua kumpulan yang cuba mengeluarkan arahan mereka di Malaysia Baharu, kata penganalisis politik.

Satu kumpulan pemimpin dan penyokong melihat DAP lebih kuat dari MCA di mana ia dilihat lebih berkesan dapat melaksanakan dan memenuhi tuntutan masyarakat Cina, kata penganalisi politik Ooi Heng.

Kumpulan yang lain mahu DAP mewakili semua komuniti.

Penganalisis dan pemimpin DAP itu berkata, bagaimana PH dan DAP menyelesaikan krisis terbaru ini akan mempengaruhi pendirian orang Melayu dan Cina serta peluang memenang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Pada pendapat saya, ini adalah isu paling serius pernah dihadapi DAP sejak kerajaan bertukar pada 9 Mei,” katanya.

Menurutnya, isu khat dan pembangkang harus dilihat dalam konteks kemarahan komuniti Cina terhadap PH.

“Tetapi Pakatan terikat dengan janji. Jika mereka menghidupkan khat, orang Melayu akan marah kepada mereka. Jika teruskan, sebahagian masyarakat Cina akan tinggalkan mereka.

“Tetapi apa jua keputusan yang dibuat, Pakatan akan hilang kepercayaan dalam kalangan rakyat,” katanya. – 14 Ogos, 2019.   

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen