Menteri DAP tetapkan syarat bagi lesen Lynas, kata sumber


Yeoh Cheong Ee

Enam menteri Kabinet dari DAP akan menentang pembaharuan lesen operasi Lynas jika syarikat perlombongan nadir bumi itu tidak menghantar sisa radioaktif ke negara asal daripada kilangnya di Gebeng. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Ogos, 2019.

ENAM menteri Kabinet dari DAP akan membantah pembaharuan lesen operasi Lynas jika syarikat perlombongan nadir bumi Australia itu tidak menghantar sisa radioaktif ke negara asal daripada kilangnya di Gebeng, kata sumber.

“Kedudukan DAP mengenai Lynas tidak berubah dan menteri Kabinet kami akan kemukakan pandangan mereka bahawa lesen operasi Lynas tidak harus dilanjutkan melainkan ia bentangkan pelan bagaimana untuk menguruskan sisa buangannya,” menurut sumber kepada The Malaysian Insight selepas parti itu mengdakan mesyuarat bersama wakil-wakil rakyatnya malam tadi.

“Bagaimanapun, keputusan muktamad terletak di tangan perdana menteri.”

Kabinet dijangka akan berbincang mengenai sama ada lesen operasi Lynas perlu diperbaharui.

Lesen operasi Lynas Advanced Material Plant (LAMP)  di Gebeng akan tamat pada 2 September.

Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, Pakatan Harapan berjanji akan menghentikan operasi Lynas di negara ini kerana ia menghasilkan bahan radioaktif rendah seperti thorium dan uranium. – 14 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen