Taufan Nate bakal landa Amerika Syarikat


Taufan Nate sedang bergerak pada kelajuan kencang 121 km perjam, cukup kuat untuk memasuki Kategori Satu, dan kini berada di perairan Cuba. – Gambar EPA, 7 Oktober, 2017.

TAUFAN Nate yang baru sahaja melanda kawasan percutian pesisir pantai di Mexico dan membunuh sekurang-kurangnya 28 orang di Amerika Tengah, kini sedang bergerak ke Amerika Syarikat pada awal Sabtu.

Pada 0330 GMT, Pusat Taufan Nasional AS mengatakan taufan itu bergerak pada kelajuan 121 kilometer per jam, cukup kuat untuk memasuki Kategori Satu taufan. Taufan Nate kini berada 95 batu daripada utara barat laut Cuba. – AFP, 7 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen