MALAYSIA sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum harus mengambil langkah yang lebih proaktif dalam menanggani isu diskriminasi kaum. Isu diskriminasi kaum di Malaysia bukanlah suatu perkara yang baharu, malah ianya telah merebak seperti barah di dalam segenap lapisan masyarakat.
Konflik yang membabitkan diskriminasi kaum telah melingkari dalam setiap aspek kehidupan masyakat, samaada di dalam kehidupan kejiranan, pusat pengajian, di tempat kerja, atau di tempat-tempat awam. Perpaduan kaum adalah faktor yang penting untuk negara ini mencapai status negara maju dan ianya tidak akan menjadi kenyataan jika gejala diskrimasi kaum ini tidak ditanggani dengan sebaiknya.
Akta anti diskriminasi telah dilaksanakan di pelbagai negara maju seperti di Australia, Canada, France, Germany, Hong Kong, Netherlands, New Zealand, Poland, Russia, United Kingdom, United States dan ianya wajar di pertimbangkan untuk dilaksanakan di negara ini asalkan ianya tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Akta Anti Diskriminasi Kaum ini sememangnya tidak akan mampu untuk membanteras kesemua gejala diskriminasi kaum di Malaysia seperti yang telah diungkapkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) namun ianya adalah salah satu langkah kehadapan yang boleh dilaksanakan segera untuk menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan perpaduan kaum di negara ini terus terpelihara.
* Na’im Brundage adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan Wilayah Persekutuan
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen