Masih tiada motif jelas dalam kes tembakan Las Vegas


Ahli keluarga mangsa serangan tembakan rambang di Las Vegas saling berpelukan selepas upacara pengebumian. – Gambar AFP, 7 Oktober, 2017.

LIMA hari selepas tembakan rambang paling teruk dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) berlaku, pihak berkuasa semalam mengesahkan mereka masih tidak dapat membongkar “motif jelas” penembak itu.

“Kami masih tidak tahu motif jelas atau alasan kenapa,” kata serif Kevin McMahill di jabatan polis Metropolitan Las Vegas kepada wartawan.

“Pada masa ini apa yang boleh diberitahu ialah kami tidak ada maklumat kukuh untuk beri kepada anda.”

Stephen Paddock membunuh 58 orang dan ratusan mangsa lagi cedera selepas dia melepaskan tembakan secara rawak dari tingkap tingkat 32 bilik hotelnya ke arah konsert terbuka yang sedang berlangsung ketika itu.

Kumpulan Islamic State mendakwa bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai itu, tetapi McMahill berkata pihak berkuasa tidak menemui kaitan antara kumpulan militan itu dengan Paddock.

“Sebelum ini, serangan keganasan atau motif pembunuhan beramai-ramai seperti ini jelas dengan nota yang ditinggalkan, atau muat naik di media sosial, panggilan telefon atau data komputer.

“Hari ini, dalam siasatan kami semua itu tidak ditemui,” katanya. – AFP, 7 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen