Halau Lynas tak akan takutkan pelabur, kata Adun DAP


Alasan bahawa pelabur asing akan lari jika Malaysia menghalau Lynas Corp tidak boleh digunakan untuk membenarkan syarikat terus beroperasi di negara ini, kata Adun Sungai Pelek Ronnie Liu. – Gambar EPA, 12 Ogos, 2019.

MENGHALAU syarikat perlombongan nadir bumi  Lynas Corp dari Malaysia tidak akan menakutkan pelabur seperti yang dikatakan oleh perdana menteri, kata wakil rakyat DAP Ronnie Liu.

Dalam satu kenyataan, Adun Sungai Pelek itu berkata pelabur asing lain tidak seperti Lynas yang melombong nadir sisa radioaktif dan membuangnya di negara ini.

“Beliau (Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad) silap. Pelabur asing lain tidak seperti Lynas. Mereka tidak hasilkan sisa buangan radioaktif dan buangnya di Malaysia.

“Lynas langgar perjanjian untuk membuang sisa radioaktifnya. Ini sebabnya kenapa kita mahu halau mereka,” katanya.

Menurut Liu, pelabur asing “tidak bodoh atau jahil” dan alasan bahawa pelabur asing akan lari tidak boleh digunakan untuk membenarkan Lynas terus beroperasi di negara ini.

“Pelabur asing bukan bodoh atau jahil. Mereka tahu tentang itu. Jadi tolong jangan guna alasan ‘pelabur asing akan lari’ untuk membenarkan Lynas beroperasi. Orang tidak akan percaya,” katanya.

Baru-baru ini Dr Mahathir berkata Malaysia tidak boleh memaksa Lynas keluar selepas syarikat itu dipelawa melabur di negara ini.

“Kita yang panggil (datang melabur) lepas tu kita halau dia keluar. Orang lain kata negara buat janji, bila buat masalah dia halau pelabur…tak boleh macam tu,” katanya kepada wartawan Malaysia ketika mengakhiri lawatan kerja dua harinya ke Fukuoka Khamis lepas.

“Kalau kita halau pelabur asing Lynas ini, yang lain (pelabur asing) tak akan datang (Malaysia). Sebab ada yang kita tak suka maka kita suruh dia (pelabur) keluar. Siapa (pelabur) nak datang, mereka perlukan kepastian.” – 12 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen