SEBUAH jabatan baharu dengan peruntukan sebanyak RM85 juta akan menyelia semua kampung baru Cina di negara ini.
Bahagian Kampung Baru di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menyelia pembangunan infrastruktur di kampung-kampung baru Cina seperti pembinaan dewan masyarakat, gelanggang bola keranjang dan perpustakaan serta pembaikian jalan dan sistem saliran.
Terdapat 613 buah kampung Cina di Malaysia di mana 436 buah adalah Kampung Baru yang diwujudkan semasa zaman darurat untuk mengatasi ancaman komunis. Sementara 134 buah adalah Kampung Baru Rangkaian dan 43 buah adalah Kampung Bagan.
Dengan jumlah penduduk dilaporkan seramai 1.5 juta orang, penempatan yang majoritinya di Perak dan diikuti di Johor ini ia sekian lama menjadi bank undi bagi Barisan Nasional (BN) terutamanya bagi parti komponennya, MCA.
Kampung-kampung ini terletak di 199 kawasan parlimen di Semenanjung dan menambah undi di beberapa kerusi bandar dan separa bandar yang dikuasai parti komponen PH iaitu DAP dan PKR.
Bagaimanapun, trend mengundi bagi kebanyakan pengundi berusia bermula pada pilihan raya umum 2004, terutamanya kerana kegagalan MCA menangani isu yang mempengaruhi penduduk kampung ini iaitu isu pemilikan tanah dan pembangunan kampung.
Di bawah kerajaan BN sebelum ini, kampung-kampung baru diletakkan di bawah tanggungjawab menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Namun, selepas PH mengambil alih Putrajaya kampung-kampung ini diletakkan semula di bawah KPKT dengan matlamat ia diselia dengan lebih baik.
Menurut Pegawai Tugas-tugas Khas KPKT Chua Yee Ling jabatan itu kini merancang untuk menggunakan peruntukan RM85 juta bagi merangsang pembangunan kampung-kampung baru ini.
“Matlamat kami sekarang ialah untuk menghidupkan kampung baru melalui perancangan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Chua berharap kemudahan awam yang disediakan melalui perancangan yang betul dapat merangsang pembangunan di kampung-kampung baru ini.
“Kami mengalu-alukan penglibatan jurutera, arkitek dan kelompok seni untuk mereka bentuk dan merancang pembangunan kampung baru, dan saya akan bertindak sebagai penyelaras.
“Saya percaya Malaysia mempunyai banyak bakat serta kepakaran dan dengan komunikasi yang betul saya boleh padankan kepakaran mereka dengan kerjayang sesuai (di kampung baru),” katanya.
Chua memberi contoh, jika sebuah kampung baru mahu menubuhkan sebuah pusat kitar semula, beliau akan menghubungkan pakar yang sesuai dengan ketua kampung untuk memberi maklumat yang berkaitan.
Selain usaha itu, Chua tugasnya juga melibatkan komunikasi antara jabatan dan mesyuarat ahli majlis yang bertanggungjawab ke atas kampung baru.
Beliau percaya walaupun kerajaan mempunyai sumber, namun kesan pembangunan terhadap kampung baru boleh dicapai melalui komunikasi yang lebih baik dan saluran peruntukan.
Katanya, kerajaan sudahpun menyenaraikan model-model kampung baru supaya menjadi contoh kepada kampung lain.
Garis panduan kampung baru
Berkenaan isu tanah di kampung-kampung baru, Chua berkata perkara itu terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Bagaimanapun, kerajaan pusat boleh meletakkan garis panduan supaya ia dapat diuruskan dengan baik oleh kerajaan negeri.
“Banyak kampung baru tidak mempunyai perancangan tanah yang betul, dan kampung-kampung baru di kawasan bandar kini berdepan masalah akibat pembangunan yang pesat. Tanah yang tidak berpenghuni mungkin akan dipadatkan atau dijadikan tanah persendirian ataupun pembangunan swasta.
“Dasar yang lebih baik bagi isu tanah akan dapat membantu pembangunan di kampung baru secara keseluruhan kerana dasar tanah dan perancangan di kawasan tersebut dapat diperkemaskan,” katanya.
Menurut Chua, kerajaan berharap untuk mengubah kampung baru menjadi model komuniti kepada pembangunan komuniti lain di negara ini.
Oleh itu, kini lebih banyak syarat yang ditetapkan bagi jawatan ketua kampung dan belia digalakkan untuk memohon.
“Memperkenalkan muka baru bersama idea baru akan memberi hasil yang berbeza. Belia sebagai ketua kampung juga akan membawa perubahan kepada komuniti,” katanya.
Chua juga berkata kampung baru mempunyai potensi yang perlu digilap menerusi pelbagai aktiviti.
“Kampung baru mempunyai satu identiti dan budaya tersendiri yang perlu dipelihara. Banyak sumber perlu dilaburkan untuk memelihara kampun-kampung baru ini.” – 12 Ogos, 2019.
Komen