Pejuang Islam di Bangladesh desak bekal senjata kepada Rohingya


RIBUAN penyokong Islam tegar berarak di bandar pelabuhan Bangladesh Chittagong pada Jumat menyeru agar kerajaan membekalkan senjata kepada Muslim Rohingya yang melarikan diri dari negara Rakhine di Myanmar.

Lebih daripada setengah juta Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh sejak serangan puak minoriti Muslim di pos polis Myanmar yang mencetus tindakan kejam oleh pasukan keselamatan.

Pelarian menuduh tentera Myanmar bersama etnik Rakhine, menyembelih dan membakar kampung mereka dalam kempen yang dikatakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai “pembersihan etnik”.

Tentera Myanmar dipersalahkan berhubung kekacauan kepada kaum Rohingya.

Hampir 15,000 orang menyertai demonstrasi di bandar kedua terbesar Bangladesh, kata polis, yang dianjurkan oleh kumpulan Islami pelampau Hefazat-e-Islam bagi membantah pembunuhan etnik Rohingya.

“Kami menuntut supaya dihentikan pembunuhan kaum Rohingya,” kata jurucakap Hefazat,  Azizul Hoque Islamabad kepada AFP.

“Kami juga meminta kerajaan melatih dan memberikan senjata kepada kaum Rohingya agar mereka dapat membebaskan tanah air mereka,” katanya.

Komuniti di Chittagong berkongsi hubungan budaya, agama dan bahasa yang rapat dengan Rohingya, dan imej di media sosial memperlihatkan penderaan terhadap minoriti Islam di Myanmar telah menimbulkan rasa simpati yang kuat di Bangladesh.

Parti-parti Islam, termasuk Hefazat telah mengadakan beberapa demonstrasi mengenai isu itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan sesetengah pemimpin mendesak pemerintah berperang dengan Myanmar untuk membebaskan Rakhine bagi etnik Rohingya yang dianiaya. – AFP, 7 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen