KUMPULAN pemansuhan senjata nuklear ICAN memenangi Hadiah Nobel Keamanan hari ini bagi kempen sedekadnya untuk menghapuskan dunia bom atom ketika krisis nuklear melingkari Korea Utara dan Iran.
“Organisasi tersebut telah menerima penghargaan atas kerjanya untuk menarik perhatian terhadap kesan kemanusiaan daripada penggunaan senjata nuklear. Dan atas usaha keras dalam mencapai larangan penggunaan senjata seperti itu berdasarkan perjanjian,” ujar Presiden Jawatankuasa Nobel Norway, Berit Reiss-Andersen.
Lebih 70 tahun sejak bom atom digunakan di bandar-bandar di Jepun, Hiroshima dan Nagasaki, dan ketika ketegangan melanda berhubung krisis Korea Utara, jawatankuasa Nobel berusaha menyerlahkan usaha-usaha ICAN yang tidak kenal lelah untuk menghapuskan dunia senjata nuklear.
Organisasi ini akan menerima hadiah berupa pingat emas, diploma, dan cek 9 juta krona (RM4.6 juta), di majlis yang berlangsung di Oslo pada 10 Disember, bersamaan ulang tahun kematian pencipta hadiah itu, dermawan Sweden dan pencipta dinamit Alfred Nobel pada tahun 1896. – AFP, 6 Oktober, 2017.
Komen