Kualiti udara di Kuala Baram di paras bahaya


Desmond Davidson

Cuaca kering di Sabah dijangka berakhir pada April dan langkah pencatuan air belum diumumkan memandangkan bekalan air masih mencukupi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Ogos, 2019.

KUALA Baram yang merupakan kawasan utama Sungai Baram berdekatan sempadan Sarawak-Brunei di Miri, Senadin, Tudan dan Permyjaya di Lutong direkodkan sebagai kawasan yang dilanda kualiti udara di paras berbahaya dalam negara hari ini

Bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang diambil dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) Permyjaya, pada tengah hari ini menunjukkan bacaan setinggi 392.

Bacaan itu menunjukkan amaran “sangat tidak sihat” 334 pada pukul 3 pagi hari ini.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 menunjukkan kualiti sederhana. Sementara bacaan dari 101-200 dianggap tidak sihat, dan 201-300 menunjukkan kualiti udara sangat tidak sihat. Bacaan yang melebihi 300 dianggap berbahaya.

Kebakaran hutan dan tanah gambut yang berlaku selama hampir dua minggu merupakan punca kualiti udara yang buruk tersebut.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam satu kenyataan berkata tumpuan pasukan pemadam kebakaran hari ini adalah untuk memadamkan kebakaran tanah gambut di kawasan seluas 50 ekar berdekatan rumah anak yatim Hamidah Yakup di Permyjaya.

Ketua pasukan bomba Miri, Law Poh Kiong memberitahu The Malaysian Insight usaha untuk memadamkan api di kawasan itu adalah sukar.

Pasukan dengan kekuatan 32 anggota bomba turut dibantu 10 orang sukarelawan daripada pasukan tindak balas kecemasan (ERT) syarikat pemaju hartanah Naim Group of Companies.

Jawatankuasa bencana negeri itu turut berkata kebakaran di beberapa kilometer telah dipadamkan beberapa kilometer hutan Kuala Baram untuk menghentikan api merebak ke kawasan seperti ILP dan sebuah kebun bunga yang dikenali sebagai Naim Nursery.

Jawatankuasa itu berkata penyebaran kebakaran di Naim Nursery kini terkawal namun kawasan itu masih diliputi asap tebal.

Kenyataan itu turut mengatakan penyebab asap tebal itu adalah pertembungan angin yang bertiup dari  arah laut dan angin yang bergerak keluar dari kawasan darat menyebabkan asap itu berkumpul di satu kawasan.

Francis Ranggau, seorang penduduk Lutong, berkata kawasan di sekeliling rumahnya yang berdekatan ibu pejabat Shell adalah “ok” pada pagi ini berbanding bau udara malam tadi yang disifatkan sebagai “agak teruk”.

Pegawai Sarawak Shell Bhd berkata beliau sempat menghidu “bau berasap” yang tebal.

Rumahnya terletak kira-kira 10km dari rumah anak yatim Hamidah.

Sebahagian besar bandaraya Miri, yang terletak 11km dari Permyjaya tidak terjejas berikutan kebakaran yang berlaku Baram.

Suri rumah Shirley Liew dan ahli perniagaan James Joshua pula mengesahkan jerebu tidak kelihatan di bandar namun Liew mengeluh dengan keadaan cuaca yang panas di kawasan itu.

“Langit kelihatan masih biru,” kata Joshua pula. – 10 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen