12 maut dalam insiden pelanggaran kapal di Laut Jepun


PENGAWAL pantau Jepun pada Jumaat berkata, pihaknya menemukan lebih 10 mayat di dalam kapal nelayan China yang terbalik selepas berlanggar dengan kapal tangki Hong Kong di perairan barat Jepun, semalam. 

“Penyelam kami menemui mayat 12 kru dalam kapal terbabit, kata pegawai pengawal pantai itu kepada AFP. 

Pada Khamis, perlanggaran berlaku 400 kilometer dari utara Pulau Oki di Laut Jepun yang juga dikenali sebagai Laut Timur. 

Kapal China seberat 290 tan, Lurong Yuanyu 378, mempunyai 16 anak kapal.

Pihak berkuasa Jepun berkata empat orang sudah diselamatkan, konsulat China di Osaka berkata hanya tiga daripada 16 kru kapal terbabit terselamat, lapor agensi berita China CCTV. Bagaimanapun ia tidak menjelaskan mengapa jumlah kematian itu berbeza.

Kapal tangki Hong Kong “Brightoil Lucky”, merupakan kapal tangki seberat 63,294 tan yang membawa 21 anak kapal. 

Kru kapal tangki terbabit dipercayai selamat.

Jepun mengerahkan tiga bot perondanya untuk mencari kru yang masih hilang, selepas menerima panggilan kecemasan daripada pihak berkuasa China. – AFP, 6 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen