KERETA nasional yang baharu akan direka dan dibangunkan oleh jurutera Malaysia, dan dijangka akan dilancarkan pada Mac 2021, kata Darell Leiking.
Menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata projek berkenaan akan dilaksanakan oleh syarikat Malaysia, DreamEdge sementara Daihatsu Motor Company akan menyediakan sokongan teknologi maju.
“Kereta nasional yang baharu akan direka sepenuhnya dan dibangunkan oleh jurutera Malaysia, memfokuskan kepada bahagian atas badan kereta, rekaan dalaman dan sistem interface mesin-manusia, selain pemerkasaan bunyi, getaran dan kekasaran pergerakan (NVH) dan pemanduan dan pengendalian (R&H),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Leiking berkata kereta nasional yang baharu adalah model baharu dengan teknologi maju, dan akan menggunakan sepenuhnya reka bentuk kenderaan sedia ada yang kompetitif dan terbukti.
Katanya, kereta nasional baharu itu akan menjadi pemangkin industri yang bakal memacu penyertaan syarikat-syarikat Malaysia dalam teknologi maju. – 9 Ogos, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen