Sarawak, Sabah tetap tolak pelaksanaan subjek khat di sekolah vernakular


Jason Santos Desmond Davidson

Pemimpin di Sarawak membantah khat kerana bimbang rakyat mungkin menganggap terdapat agenda tersembunyi menjelang pilihan raya negeri manakala pemimpin di Sabah menyatakan tiada rundingan dibuat sebelum mengumumkan langkah itu. – Gambar EPA, 8 Ogos, 2019.

SARAWAK dan Sabah tetap dengan pendirian untuk tidak melaksanakan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat di sekolah vernakular di negeri itu yang mana Kuching kini mencari jalan untuk menghalangnya secara sah, manakala Sabah menyatakan masih kurang tumpuan diberikan kepada keperluan yang lebih mendesak di sekolah-sekolah luar bandar.

Di Sarawak, jabatan peguam negeri sedang dirujuk selepas Timbalan Ketua Menteri James Masing mencadangkan bahawa Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Michael Manyin mencadangkan kepada kabinet negeri untuk menolak pembelajaran khat di sekolah negeri Sarawak.

“Manyin boleh mencadangkan dan ia terulang kepada kabinet untuk membuat keputusan,” kata Masing kepada The Malaysian Insight berhubung usaha untuk menghalang pelajaran itu.

Masing berkata Putrajaya harus mengehadkan pengajaran khat ke sekolah Islam untuk mengelakkan timbulkan syak wasangka oleh kumpulan etnik lain di Sarawak berhubung motif kerajaan persekutuan.

“Sekiranya kaligrafi Cina diajar di sekolah Cina, saya tidak rasa akan timbul sebarang bantahan. Tetapi kaligrafi Jawi di sekolah Cina?

“Ia tidak masuk akal, melainkan ada agenda tersembunyi.

“Agama menjadi perhatian utama kita. Kami, termasuk hakim kita, berkelahi mengenai polemik agama dan bagaimana untuk menjadikan kehidupan yang lebih baik bagi rakyat kita,” kata Masing kepada media semalam.

Sementara itu, Manyin memberitahu The Malaysian Insight beliau akan merujuk kepada Peguam Negeri terlebih dahulu.

Pengajaran Khat hanya pada enam muka surat daripada 160 muka surat dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 4.

Kementerian Pendidikan turut menegaskan pelajar tidak akan dinilai atau diuji dengan tulisan khas, kerana ia hanya untuk pelajar menghargai sejarah dan warisan bahasa kebangsaan.

Bagaimanapun, parti politk di Sarawak kini lebih sensitif dengan sentimen umum berikutan pilihan raya negeri dijangka akan diadakan tahun depan.

Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP),  telah menyatakan bantahan mereka terhadap subjek berkenaan.

Sementara itu, DAP Sarawak berkata, majoriti rakyat di negeri itu menentangnya dan menggesa Putrajaya untuk menjadikan Khat sebagai subjek pilihan bagi sekolah vernakular di negeri itu.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata niat KPM memperkenalkan tulisan khat sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran adalah baik, namun ia mendapat banyak reaksi daripada masyarakat.  – 8 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen