Iran tak hidupkan 'semangat' perjanjian nuklear, kata Trump


Rejim Iran menyokong keganasan dan menebarkan kekacauan merentasi Timur tengah, kata Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. – Gambar AFP, 6 Oktober, 2017.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam bertegas Iran tidak bertindak selaras dengan perjanjian mengekang program nuklearnya, beberapa hari sebelum dia harus membuat keputusan mengenai masa depan perjanjian itu.

“Iran tak menepati semangat perjanjian,” kata Trump yang kelihatan bersedia untuk menahan perakuan pematuhan Iran dan membiarkan Kongres menimbang sekatan yang boleh menjejaskan perjanjian itu.

“Rejim Iran menyokong keganasan dan menebarkan kekacauan merentasi Timur tengah,” kata Trump ketika bertemu pemimpin-pemimpin tentera bagi membincangkan isu itu.

“Sebab itu kita mesti hentikan pencerobohan berterusan Iran dan rancangan nuklearnya,” katanya. “Anda akan dengar berita tentang Iran tidak lama lagi.”

Menjelang tarikh akhir 15 Oktober ini, beberapa pegawai yang biasa dengan perbincangan White House memberitahu yang Trump telah menyatakan dengan jelas tidak mahu memperakui pematuhan Iran terhadap perjanjian itu. – AFP, 6 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen