Dong Zong nafi setuju ajar tulisan khat di sekolah vernakular


Wakil Dong Zong yang hadir dalam pertemuan dengan Timbalan Menteri Teo Nie Ching semalam, berkata mereka jelas menyatakan penentangan terhadap pembelajaran jawi di sekolah vernakular. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Ogos, 2019.

PERSATUAN pendidikan Cina, Dong Zong menafikan kenyataan timbalan menteri pendidikan semalam yang kumpulan pendidikan vernakular menerima pengajaran kaligrafi khat untuk murid Tahun 4.

Wakil Dong Zong yang hadir dalam pertemuan dengan Timbalan Menteri Teo Nie Ching pada Isnin, berkata mereka jelas menyatakan penentangan terhadap pembelajaran jawi di sekolah vernakular.

“Kami menentang pengajaran tulisan jawi di sekolah rendah jenis kebangsaan (vernakular).

“Pada mesyuarat bertukar pandangan semalam, wakil kami mengulangi kepada timbalan menteri yang kementerian itu harus terlebih dahulu terlibat dan mengadakan perbincangan dengan kumpulan berkaitan.

“Mereka mesti dijemput untuk mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai Dokumen Kurikulum dan Penilaian Standard (DSKP) untuk Bahasa Melayu sebelum membuat keputusan untuk sekolah vernakular,” kata Dong Zong dalam satu kenyataan yang disiarkan di akaun Facebook rasminya.

Teo semalam memberitahu pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu yang kementerian mencapai persetujuan dengan kumpulan pendidikan Cina dan Tamil berhubung pengenalan tulisan khat dalam sukatan pelajaran Tahun 4 Bahasa Melayu tahun depan.

Beliau berkata mesyuarat itu bersetuju tujuan di sebalik langkah kementerian adalah untuk memperkenalkan penulisan khat kepada pelajar, dan bukannya belajar jawi.

Bagaimanapun, Dong Zong dalam kenyataannya hari ini berkata pengenalan khat tahun depan bukan sekadar memberi pelajar pemahaman asas.

“Kami menjelaskan sejak lima tahun lalu, buku teks Bahasa Melayu Tahun 5 memperkenalkan pelajar kepada asas tulisan jawi dan tidak meminta mereka mempelajarinya. Ini boleh diterima”. – 7 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen