Lelaki sengaja bakar rumah di Jepun, isteri dan lima anaknya maut


Polis menemui lima mayat dalam sebuah apartment di Bandar Hitachi kira-kira 100 km di utara Tokyo selepas api berjaya dipadamkan pada awal pagi ini. – Gambar fail AFP, 6 Oktober, 2017.

SEORANG bapa di Jepun hari ini dengan sengaja memulakan kebakaran hingga menyebabkan isteri dan lima anaknya maut.

Polis menemui lima mayat dalam sebuah apartment di Bandar Hitachi kira-kira 100 km di utara Tokyo selepas api berjaya dipadamkan pada awal pagi ini, lapor Jiji Press.

Seorang daripada lima kank-kanak itu ditemui dalam keadaan kritikal tetapi kemudian meninggal dunia di hospital.

Media tempatan berkata, kanak-kanak yang meninggal dunia itu berumur antara tiga dan sebelas tahun.

Menurut Jiji Press yang memetik sumber polis yang tidak dinafikan, seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai bapa kepada kanak-kanak itu memberitahu pihak berkuasa bahawa dia yang memulakan kebakaran. – AFP, 6 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen