Akhbar Cina timbulkan kebimbangan masyarakat, kata Guan Eng


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyalahkan akhbar Cina Sin Chew Daily kerana menimbulkan kebimbangan masyarakat bukan Melayu berhubung pengenalan tulisan Jawi bagi murid Tahun 4 di sekolah jenis kebangsaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Ogos, 2019.

SETIAUSAHA Agung DAP Lim Guan Eng menyalahkan akhbar Cina Sin Chew Daily kerana menimbulkan kebimbangan masyarakat bukan Melayu berhubung pengenalan tulisan Jawi bagi murid Tahun 4 di sekolah jenis kebangsaan.

Akhbar itu antara yang pertama melaporkan rancangan Kementerian Pendidikan untuk memasukkan seni khat di dalam buku teks Bahasa Malaysia untuk murid Tahun 4 di sekolah Cina dan Tamil.

“Ketika saya kembali ke rumah selepas 4 hari berada di luar negara, saya berhadapan rasa tidak puas hati masyarakat bukan Melayu berikutan laporan Sin Chew Jit Poh bahawa buku teks Bahasa Malaysia untuk murid Tahun 4 di sekolah-sekolah Cina dan Tamil akan memasukkan seni khat.

“Walaupun seni khat atau Jawi adalah sumber kepada bahasa Bahasa Malaysia, laporan berita itu berjaya menimbulkan kebimbangan bahawa watak dan identiti sekolah-sekolah Cina dan Tamil akan terjejas,” kata Lim dalam kenyataannya di Facebook ketika menghadiri pertemuan dengan wakil-wakil rakyat DAP.

Lim memuat naik kenyataannya malam tadi semasa mesyuarat wakil rakyat DAP di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur.  – 6 Ogos, 2019. 

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen