LOW Taek Jho mendakwa bekas perdana menteri Najib Razak tidak mahu menutup tiga akaun semasanya, mahkamah diberitahu hari ini.
Bekas pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu memberi keterangan bahawa disebabkan masalah pengubahan wang haram beliau meminta Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low untuk memberitahu Najib supaya menutup tiga akaun semasa pada Disember 2014.
Semasa pemeriksaan balas peguam bela Harvinderjit Singh bertanya kepada Yu sama ada dia menggesa Low untuk menutup akaun Najib dan sama ada dia menjawab “(saya hanya) meminta MNR (Mohd Najib Razak), dia tak mahu tutup”.
Yu mengesahkan log perbualan BlackBerry Messenger bertarikh 20 Disember 2014 yang dibacakan di mahkamah.
Tiga akaun semasa Najib yang berakhir dengan 880, 906, 898 akhirnya ditutup pada 9 Mac 2015. Najib juga membatalkan dua kad kreditnya pada bulan sama.
Sementara itu mahkamah mendengar bahawa Low adalah perancang di sebalik pengeluaran berjumlah RM32 juta daripada akaun Najib pada akhir 2014.
Yu berkata, Low cuba untuk meminimumkan pemindahan dari Putra Perdana Construction sebelum akhir tahun calendar kewangan.
Beliau telah meminta Yu menyediakan surat arahan untuk menterbalikkan pemindahan RM27 juta dari Permai Binaraya ke akaun Najib yang berakhir dengan 880 dan RM5 juta daripada Pembinaan Putra Perdana ke akaun Najib yang berakhir 906.
Low melakukannya selepas diberitahu bahawa pemegang mandat CEO SRC International Nik Faisal Ariff Kamil tidak diberi kuasa untuk membenarkan transaksi tersebut.
Pada 24 Disember 2014 Yu telah menghantar surat arahan kepada Low menerusi emel.
Beliau mengesahkan Low menghantar satu salinan surat arahan dengan tandatangan Najib seminit kemudian.Yu bersetuju dengan cadangan Harvinderjit bahawa tidak mungkin untuk mendapatkan tandatangan Najib masa itu dan dia tidak melihat bekas perdana menteri itu menandatangani surat berkenaan.
Pada 29 Disember, RM27 juta dari akaun 880 dikembalikan kepada Permai Binaraya dan RM5 juta kepada Putra Perdana Construction.
Harvinderjit mencadangkan bahawa Low tidak jujur dan bertujuan untuk menipu, Yu bersetuju. – 5 Ogos, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen