Peter Chong, bekas ahli majlis ‘hilang’ sudah pulang


Muzliza Mustafa

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar memuat naik di akaun media sosialnya, berita dan gambar kepulangan Peter Chong Fook Meng yang dikatakan hilang sebelum ini. – Gambar The Malaysian Insight, 16 April, 2017.

BEKAS ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Peter Chong Fook Meng yang dikatakan hilang hingga mencetuskan kekecohan kerana kehilangannya dikaitkan dengan penculikan seorang pastor, baru-baru ini, kini dilaporkan sudah pulang ke Malaysia.

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkongsi berita itu menerusi beberapa keping gambarnya menerusi akaun Twitter pada jam 1 petang tadi.

“Syabas PDRMsia Kuala Lumpur, Peter Chong yang ‘hilang’ sudah pulang dari Pattaya tengah hari ini”, kata Khalid.

Chong tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12 tengah hari tadi dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi untuk disoal siasat. – 16 April, 2017.

 

 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen