Putrajaya gesa sektor swasta sertai program penjara


Timothy Achariam

Program Corporat Smart Internship akan mengatasi masalah kesesakan dalam penjara, kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 2 Ogos, 2019.

PUTRAJAYA menggesa sektor swasta melibatkan diri dalam program Corporat Smart Internship (CSI) sebagai usaha membendung kesesakan dalam penjara, kata Muhyiddin Yassin.

Menteri dalam negeri itu berkata program CSI akan memanfaatkan kedua-dua pihak di mana sektor swasta dapat mengatasi kekurangan pekerja manakala orang di parol (ODP) mendapat peluang pemulihan di luar penjara.

“Ini akan membantu ODP cepat menyesuaikan diri dalam masyarakat. Mereka akan mendapat peluang dalam pelbagai bidang kerja melalui latihan yang disediakan sektor swasta.

“Kemahiran yang diperolehi boleh menjamin mereka mendapat pekerjaan apabila bebas nanti,” kata Muhyiddin semasa pelancaran program CSI di Kompleks Ibu Pejabat Penjara Malaysia di Kajang hari ini.

Pada masa ini terdapat kira-kira 80 syarikat yang mengupah ODP, katanya lagi.

Menurut beliau, tidak banyak syarikat yang tahu mengenai insentif yang mereka akan perolehi jika menyetai program CSI.

“Banyak syarikat tak tahu kerajaan beri insentif kepada mereka yang sertai program ini. Itulah sebabnya kita adakan majlis hari ini, untuk menyampaikan mesej kepada sektor korporat supaya melibatkan diri.” – 2 Ogos, 2019.     

Berita penuh di sini.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen