Trump mohon dana AS$29 bilion bantu mangsa taufan di Puerto Rico


Sebuah rumah yang musnah akibat Taufan Maria yang meelanda Puerto Rico pada 4 Oktober 2017. – Gambar AFP, 5 Oktober, 2017.

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump semalam memohon kepada Kongres sebanyak AS$29 bilion dana bantuan bencana bagi mangsa Taufan Maria yang melanda Puerto Rico.

Menurut White House, bantuan itu termasuk AS$12.77 bilion adalah untuk mangsa ribut dan AS$16 bilion bagi memastikan program insurans banjir berjalan lancar.

Bantuan bencana itu dijangka diberi tanpa dikenakan sebarang syarat dan dapat membantu memulihkan Puerto Rico sehingga penghujung tahun ini.

Namun, ia mungkin merangkumi rancangan untuk memperbaharui program insurans pada hujung bulan ini.

Hampir dua minggu selepas Taufan Maria melanda, tujuh peratus dari pulau itu mempunyai bekalan elektrik, 9,000 penduduknya tinggal di rumah-rumah perlindungan, manakala 40% sistem komunikasinya telah dibaik pulih. – AFP, 5 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen