Jho Low tawar Joanna Yu kerja di SRC International


Bede Hong Timothy Achariam

Bekas pegawai perhubungan AmBank Joanna Yu ditawarkan Jho Low jawatan besar dengan gaji lumayan di SRC International. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 1 Ogos, 2019.

BEKAS pegawai perhubungan AmBank Joanna Yu menolak tawaran kerja dibuat Low Taek Jho yang dikeluarkan ketika beliau terlibat secara langsung dengan urusan perbankan 1MDB dan SRC International, mahkamah diberitahu hari ini.

Ketika sesi soal balas perbicaraan Najib Razak hari ini, peguam belas Harvinderjit Singh merujuk kepada log perbualan BlackBerry antara Yu dan Low bertarikh 23 November 2013.

LANGSUNG: Perbicaraan SRC International hari ke-47

Low: Awak kenal sesiapa yang bagus untuk dilantik sebagai CFO/pengurus kewangan? Sedang cari orang untuk SRC.

Yu: Jika saya fikirkan sesiapa, saya beritahu awak.

Low: Terima Kasih. Boleh saya ambil Daniel juga?

Yu memberitahu mahkamah yang Low merujuk kepada Daniel Lee, seorang lagi pegawai perhubungan AmBank dalam jabatan diketuai Yu yang mempunyai lapan orang pekerja.

Yu kemudian berkata, beliau menolak tawaran untuknya dan ahli pasukannya.

Yu: Saya rasa dia mahu ambil kami semua, tapi kami kata tidak.

Harvinderjit: Maksud awak dia tawarkan awak sertai SRC? Lumayan ni. RM60,000 sebulan.

Yu: Ya, tetapi kami tidak mahu kerja dengannya.

Harvinderjit: Adakah (gaji) RM60,000 sebulan?

Yu: Saya tak ingat jika itu jumlahnya.

SRC International adalah anak syarikat 1Malaysia Development Bhd sebelum dipindahkan kepada Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada 15 Februari 2012.

Pasukan pembelaan Najib sebelum itu mencadangkan yang Low mungkin bekerjasama dengan beberapa orang jurubank dan pegawai kanan SRC International untuk menipu syarikat itu.

Awal pagi tadi, Yu bersetuju dengan cadangan Harvinderjit bahawa Low mempunyai “keupayaan mengawal” ke atas dana SRC International dan antara yang menerima arahan daripadanya adalah bekas pengarah kewangan 1MDB Terence Geh.

Harvinderjit juga mencadangkan Yu meluluskan penglibatan Gen dalam transaksi melibatkan dana SRC International walaupun beliau tidak berkuasa untuk memudah cara mana-mana pemindahan.

Harvinderjit: Syarikat itu tidak diuruskan oleh Terence, betul kan? Di mana kebenaran lembaga pengarah untuk Terence?

Yu: Resolusi lembaga pengarah hanya memberi kebenaran kepada penandatangan akaun?

Harvinderjit: Adakah Terence penandatangan akaun ini?

Yu: Tidak.

Yu juga menjelaskan beliau berurusan dengan pegawai bawahan Geh, See Yok Ping. – 1 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen