Saya tak akan habiskan penggal sebagai PM, kata Dr Mahathir


Diyana Ibrahim

Janji perlu dikota, saya akan berundur bila negara sudah stabil dan tidak akan habiskan penggal sebagai perdana menteri, kata Dr Mahathir Mohamad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Ogos, 2019.

DR Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya tidak akan menghabiskan penggal ahli Parlimennya sebagai perdana menteri.

Menurutnya, janji perlu dikota dan akan melepaskan jawatan itu apabila kedudukan negara sudah stabil.

Dengan nada bergurau, beliau menambah bahawa pendirian itu tidak akan berubah melainkan jika “pistol diletak di kepala”.

“Melainkan ada yang tolak saya ke satu sudut dan letak pistol di kepala saya, suruh saya habiskan satu penggal ini.

“Kalau bukan keadaan itu saya akan berundur, saya pegang pada janji,” katanya dalam satu sidang media di Putrajaya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan berlaku pertemuan antaranya dengan sekumpulan wakil rakyat pembangkang yang mahu beliau terus menjadi perdana menteri pada malam Selasa lepas. – 1 Ogos, 2019.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen