Jho Low, rakan berusaha pastikan cek RM5 juta dikeluarkan Najib tidak ditendang


Bekas perdana menteri Najib Razak mengeluarkan cek sebanyak RM5 juta kepada Umno pada akhir 2014, menurut saksi perbicaraan kes SRC International hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 31 Julai, 2019.

AHLI perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, dengan bantuan rakan dan pengurus AmBank berusaha memastikan cek bernilai RM5 juta yang dikeluarkan kepada Umno daripada tidak ditendang pada akhir 2014.

Pengurus Perhubungan AmBank Joanna Yu memberitahu mahkamah semasa soal balas hari ini yang beliau mendapati pada pagi 10 September, Rabu, hanya ada RM1.2 juta dalam akaun semasa Najib yang berakhir dengan digit “906”.

Bagaimanapun, cek bernilai RM5 juta sudah dikeluarkan untuk parti politik itu, katanya semasa perbicaraan kes rasuah Najib Razak yang melibatkan SRC International Sdn Bhd hari ini.

Yu berkata beliau menghantar mesej kepada setiausaha Low, Josie, mengenai kekurangan RM3.8 juta yang perlu diselesaikan pada jam 3 petang bagi mengelakkan cek daripada ditendang.

Menurut log perbualan BlackBerry yang dibacakan oleh peguam bela Harvinderjit Singh, Josie berkata tidak mempunyai akses kepada wang sebanyak itu.

Yu menjawab beliau sudah menghantar teks kepada Low beberapa kali pagi itu dan tidak dapat dihubungi.

Yu menambah wang tidak mencukupi dalam ketiga-tiga akaun semasa.

Apabila Low memberi respons pada petang itu, beliau memberitahu Yu sedang berada dalam pesawat dan bertanya akaun mana yang perlu dimasukkan wang. Beliau memberitahu Yu yang Putra Perdana akan mengeluarkan jumlah berkenaan.

Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, yang berusia 33 tahun itu berkata, “Datuk akan menjawab”. Harvinderjit mencadangkan yang “Datuk” merujuk kepada Rosmah Mansor dan dipersetujui oleh Yu. – 31 Julai, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen