KOLEJ perempuan Universiti Cambridge kini membuka pintunya menerima permohonan daripada pelajar transgender, katanya dalam satu kenyataan.
Kolej Murray Edwards berkata ia terbuka kepada semua wanita, tanpa mengira sama ada mereka dalam dokumen pengenalan adalah lelaki.
“Kebanyakan kami di kolej ini simpati dengan idea berkaitan gender, dan bimbang identiti jantina yang sempit dan jangkaan yang dikaitkan dengan mereka akan merosakkan individu dan masyarakat.
“Kolej ini juga menyokong pelajar yang tidak mahu diri mereka didefinisikan sebagai perempuan atau lelaki,” katanya.
Kolej di universiti berprestij Britain itu berkata ia akan mempertimbangkan permohonan daripada mana-mana pelajar yang dikenal pasti sebagai perempuan.
“Masyarakat berubah dan kini ramai yang faham mengenai kerumitan gender,” kata presidennya Barbara Stocking.
Kolej itu ditubuhkan pada 1954 untuk melawan ketidaksamaan dalam penyertaan dan pencapaian untuk pelajar wanita. – AFP, 4 Oktober, 2017.
Komen