Isu elaun ketua kampung, menteri perlu semak dengan kerajaan negeri


Desmond Davidson

Semalam Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching meminta kerajaan negeri mengendalikan pembayaran elaun ketua kampung secara professional. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Julai, 2019.

TIMBALAN Ketua Menteri Sarawak Douglas Uggah berkata, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin tergopoh-gapah apabila mendakwa kerajaan negeri tidak adil kepada sesetengah tuai rumah (ketua kampung atau ketua rumah panjang) dengan menyekat elaun bulanan “kerana mereka penyokong Pakatan Harapan”.

Sebelum berlepas ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis makan malam Harapan Sarawak Baru malam tadi, Zuraida dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching meminta kerajaan negeri mengendalikan pembayaran elaun secara professional.

Unggah dalam satu kenyataan petang ini berkata, Zuraida membuat dakwaannya berdasarkan apa diberitahu oleh ahli Persatuan Kebajikan Rumah Panjang Bintulu.

Menurutnya, Zuraida sepatutnya meminta penjelasan dari kerajaan negeri sebelum membuat dakwaan.

Dengan terus membuat kenyataan kepada media Unggah berkata, menteri itu dengan sengaja cuba memburukkan kerajaan negeri.

“Saya ingin menyakinkan menteri bahawa pelantikan tuai rumah di Sarawak sentiasa dilakukan secara professional.

“Kami mempunyai terma dan syarat untuk diikuti. Selagi bertemu dengan mereka, kami tak ada masalah untuk melantik.

“Nasihat saya kepada Zuraida adalah untuk bertemu dan berbincang dengan kerajaan negeri. Kemudian dia boleh dapatkan penjelasan dan tidak membuat tuduhan yang tidak adil,” katanya.

Uggah juga berkata, beliau mendapat pengesahan daripada Residen Bahagian Bintulu bahawa semua tuai rumah yang sah telah dibayar elaun secara berkala. – 29 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen