Belum ada perbincangan untuk kerusi pilihan raya Sarawak, kata Muhyiddin


Desmond Davidson

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata, rundingan untuk bertanding dalam kerusi pilihan raya Sarawak akan datang belum dimulakan. – Gambar The Malaysian Inisght, 29 Julai, 2019.

RUNDINGAN untuk bertanding dalam kerusi pilihan raya Sarawak akan datang belum dimulakan, kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin hari ini.

Pengesahan itu dibuat susulan timbul laporan mengenai kegelisahan dalam kalangan ahli Pakatan Harapan di Sarawak.

Pilihan raya negeri hanya akan diadakan pada 2021 tetapi ada spekulasi mengatakan ia bakal diadakan tahun depan.

Muhyiddin bercakap dalam satu sidang media di Kuching petang ini juga berkata, belum ada keputusan mengenai jumlah kerusi yang mereka mahu bertanding. 

Sumber PH mengatakan Bersatu telah “secara tidak rasmi dan dengan cara tidak masuk akal” meminta 15 kerusi di kawasan majoriti Melayu dan Melayu-Melanau.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, mereka merupakan parti baharu di Sarawak, oleh itu mereka perlu berunding untuk melepaskan beberapa kerusi dan mendapatkan kerusi yang sesuai bagi mengukuhkan kedudukan PH di Sarawak.

Beliau berada di Sarawak dalam lawatan kerja selepas menghadiri makan malam Harapan Sarawak Baru malam tadi. 

Pakatan dijangka menyerahkan kerusi kepada PKR dan Amanah.

“Adakah mereka bersedia bertanding dalam pilihan raya? Kenapa mereka meminta lebih separuh daripada kerusi Melayu, Melayu-Melanau?,” kata sumber kepada The Malaysian Insight. 

“Jika mereka minta lima, mungkin munasabah dan kami akan pertimbangkannya.

“15? Tak masuk akal,” kata sumber itu lagi.

Malam tadi Ketua PKR Sarawak Baru Bian berkata, partinya akan mempertimbangkan apa-apa permintaan “sekiranya munasabah”.  – 29 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen