Menteri Sarawak minta Pakatan tutup mulut isu sekolah daif


Desmond Davidson

Sarawak sebelum ini menawarkan untuk membuat pembayaran balik di luar jadual sehingga wang tunai dari Putrajaya boleh digunakan untuk membaiki 1,020 sekolah usang di negeri ini. – The Malaysian Insight pic, May 8, 2019.

MENTERI Pendidikan Sarawak, Michael Manyin berkata, pembangkang, terutama ketua Pakatan Harapan Sarawak, Chong Chieng Jen, perlu menutup mulut mengenai perkara yang tidak diketahui mereka.

“Mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku,” kata Manyin selepas Chong bertanya pada Khamis lepas sama ada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengalami masalah aliran tunai sehingga “menyebabkan ia tidak dapat membuat pembayaran segera” sejumlah RM350 juta bagi bayaran pertama hutang keseluruhan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan persekutuan bagi tujuan pembaikan sekolah daif di negeri ini.

Sarawak sebelum ini menawarkan untuk membuat pembayaran balik di luar jadual sehingga wang tunai dari Putrajaya boleh digunakan untuk membaiki 1,020 sekolah daif di negeri ini.

Lebih 400 sekolah dikatakan berada dalam keadaan sangat daif dengan separuh daripada jumlah itu dianggap berada di tahap kritikal.

Manyin berkata pertemuan antara pegawai dari Kementerian Pendidikan Negeri dan Persekutuan bersama Kementerian Kewangan minggu lepas telah menyelesaikan setiap masalah pentadbiran bagi memulakan proses membaiki lima buah sekolah pada bulan depan.

Selain memberitahu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu “untuk tutup mulut”, Manyin juga menggesa beliau untuk berhenti bermain permainan menyalahkan orang lain dan mempolitikkan isu pembaikan sekolah.

Chong mendakwa Sarawak mempunyai lebih 1,000 sekolah daif kerana “cuai dan gagal berperanan selama 56 tahun” pentadbiran kerajaan GPS.

“Hanya selepas PH ambil alih kerajaan persekutuan pada tahun lepas baharulah GPS mula membuat tuntutan bagi menyelesaikan masalah itu dengan segera, mereka menuntut kerajaan PH untuk selesaikan masalah berusia 56 tahun dalam tempoh satu atau dua tahun,” kata Chong. .

Bagaimanapun, Manyin mengingatkan Chong bahawa kerajaan Sarawak, walaupun masih dalam pakatan BN ketika BN masih berkuasa, telah membangkitkan isu sekolah daif di Putrajaya.

“Kami sentiasa mempercayai kerajaan persekutuan bertanggungjawab dan harus membuat pembaikan.

“Sekolah (dan pendidikan) berada di bawah senarai persekutuan. Itu tanggungjawab mereka.

“Kami telah meletakkan kepercayaan kepada kerajaan pusat sama ada BN atau PH,” katanya. – 28 Julai, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen