AGENSI kerjasama polis antarabangsa Interpol memutuskan untuk tidak mengeluarkan Notis Merah kepada penceramah India, Dr Zakir Naik.
Dalam surat bertarikh 22 Julai itu, Interpol menyatakan pendakwah itu “tidak “tidak tertakluk kepada Notis Merah Interpol”.
Surat dengan subjek “Permintaan mengenai Zakir Abdul Karim Naik” itu ditandatangani oleh Sekretariat kepada Suruhanjaya untuk Kawalan fail Interpol.
Kata surat itu keputusan itu dibuat selepas sesi ke-109 Suruhanjaya diadakan dari 1 hingga 5 Julai lalu.
“Selepas meneliti isu yang dikemukakan, Suruhajaya mendapati dakwaan yang diberi menimbulkan persoalan mengenai pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan,” kata surat yang diberikan kepada The Malaysian Insight oleh pihak dari pejabat Zakir di India.
“Sila ambil maklum bahawa Sekretariat Agung Interpol telah memaklumkan semuka Biro Pusat Kebangsaan (NCB) bahawa ia perlu memadamkan data (dakwaan) yang berkait dengan klien anda.
“Dan semua kerjasama polis antarabangsa menerusi Interpol dalam kes ini tidak akan tertakluk kepada peraturan Interpol,” kata surat itu.
Menurut sekretariat, semua NCB perlu mengemaskini pangkalan data mereka.
“Anda akan mendapati keputusan tertutup dari Suruhanjaya mengenai klien anda dan surat rasmi dari Sekretariat Ketua Interpol, menyatakan bahawa dia (Zakir) tidak tertakluk kepada Notis Merah Interpol atau sebaran,” kata surat itu.
Bagaimanapun keputusan dan surat rasmi daripada sekretariat agung tidak diberikan kepada The Malaysian Insight.
Interpol menyiarkan Notis Merah atas permintaan negara anggota dan perlu mematuhi peraturan dan Perlembagaan Interpol.
Namun, Notis Merah bukan waran tangkap antarabangsa, sebaliknya ia adalah notis berkenaan individu yang dikehendaki di peringkat antarabangsa.
Sementara itu, seorang pembantu Zakir Naik turut memberi kenyataan kepada The Malaysian Insight berhubung perkara itu.
“Interpol sekali lagi enggan mengeluarkan Notis Merah terhadap Dr Zakir Naik atas alasan kurang bukti dan tiada salah laku.
“Keputusan Interpol itu dibuat ketika kerajaan India terdesak untuk meminta agensi polis antarabangsa itu mengeluarkan notis merah bagi menahan pendakwah Islam itu,” katanya. – 28 Julai, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen