AGENSI Perisikan Afghanistan menumpaskan kumpulan pengganas tiga anggota di Kabul, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Direktorat Keselamatan Nasional (NDS) pada Rabu.
“Kakitangan NDS menumpaskan sekumpulan pengganas Taliban dalam satu operasi khas baru-baru ini di Kabul,” kata NDS, yang merupakan agensi perisikan utama Afghanistan, dalam satu kenyataan.
Suspek yang ditahan mengaku menganggotai kumpulan militan Taliban dan mereka telahpun menyelaras untuk melancarkan satu serangan pengganas ke atas sasaran berpotensi di Kabul.
Mereka juga merakam foto di sasaran berpotensi itu, menurut kenyataan tersebut.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut bila dan di mana Zia-ul-Haq, Akhtar Gul atau Ulfat dan Abidullah diberkas.
Kabul sering digegarkan oleh letupan dan pengeboman bunuh diri dari semasa ke semasa.
Taliban belum membuat sebarang kenyataan. – Bernama, 4 Oktober, 2017.
Komen