Jordan sokong usaha perdamaian Palestin


Wujud usaha menghidupan kembali rundingan perdamaian antara Palestin dan Israel. – Gambar EPA, 4 Oktober, 2017.

JORDAN pada Selasa menyatakan sokongan padunya terhadap usaha perdamaian Palestin, lapor agensi berita China Xinhua, memetik sumber agensi berita Petra.

Menteri Luar Jordan Ayman Safadi berkata demikian, menerusi perbualan telefon dengan rakan sejawatannya dari Palestin, Riad Maliki.

Turut dibincangkan mengenai usaha menghidupkan semula rundingan damai antara Palestin dan Israel.

Kedua-dua menteri berkenaan, turut menggariskan keterbukaan untuk terus berusaha mengembalikan rundingan damai bagi mewujudkan negara Palestin yang merdeka.

Pada masa sama, Maliki memaklumkan mengenai usaha merealisasikan perdamaian antara pihak yang berpecah di Palestin selepas kerajaan Palestin mengadakan pertemuan di Semenanjung Gaza dengan pergerakan Hamas pada Selasa. – Bernama, 4 Oktober, 2017.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen