Timbalan pendakwa raya, peguam, polis direman 2 hari lagi


Kalidevi Mogan Kumarappa

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM  Azam Baki mengesahkan timbalan pendakwa raya, peguam serta beberapa anggota polis itu akan disambung reman selama lima hari. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Julai, 2019.

MAJISTRET membenarkan agensi anti rasuah melanjutkan tempoh reman ke atas timbalan pendakwa raya, peguam serta beberapa anggota polis yang ditahan minggu lalu.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan perkara itu berhubung bagi siasatan kes sogokan untuk melepaskan pendatang tanpa izin di Kuala Kubu Bharu.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM  Azam Baki mengesahkan timbalan pendakwa raya, peguam serta beberapa anggota polis itu akan disambung reman selama dua hari.

Individu lain daripada kumpulan enam orang anggota polis itu pula dibebaskan, katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, anggota polis yang masih ditahan itu terdiri daripada pelbagai pangkat termasuk koperal dan sarjan.

The Malaysian Insight difahamkan enam anggota yang ditahan di peringkat awal itu terdiri daripada lima pegawai penyiasat sementara seorang polis mahkamah.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta SPRM atas kesalahan sogokan.

The Malaysian Insight melaporkan, kes itu terbongkar apabila SPRM menemui wang RM17,500 pada peguam terlibat yang didakwa digunakan untuk melepaskan sembilan pendatang yang ditahan.

Dalam operasi khas itu, agensi itu turut menemui RM85,000 daripada timbalan pendakwa raya, yang dipercayai wang hasil kegiatan haram. – 22 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen