Mahathir perlu terajui negara hingga tamat penggal, kata Tengku Razaleigh


Tengku Razaleigh mengulas mengenai peralihan kuasa antara Anwar dan Mahathir sebagai perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Julai, 2019.

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad perlu menerajui tampuk kepimpinan negara sehingga tamat penggal, kata Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berpendapat peralihan kuasa yang dibuat secara tergesa-gesa dan terlalu awal boleh memberi kesan buruk kepada negara serta rakyat.

“Kita juga melihat kepada situasi perdana menteri sekarang tidak mungkin melepaskan jawatan itu kepada penggantinya dalam masa terdekat kerana banyak janji yang belum ditunaikan,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Gua Musang di Bukit Chekati hari ini. 

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Tengku Razaleigh berkata kerjasama antara UMNO dan PAS ketika ini merupakan satu sejarah baharu kepada politik negara selepas sejak sekian lama kedua-dua parti politik itu bertelingkah kerana ideologi berlainan. – Bernama, 20 Julai, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen