Bubar Parlimen sekarang tidak untungkan rakyat


CADANGAN Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man supaya Parlimen dibubarkan adalah cadangan yang tidak menguntungkan rakyat dan merugikan negara.

PAS dan Umno tidak perlu menyusahkan rakyat dengan cadangan yang tidak bijak semata-semata untuk memenuhi nafsu sesetengah pemimpin mereka yang begitu dahagakan kuasa.

Sikap tamak dan gelojoh pemimpin pembangkang untuk mendapatkan kuasa hanya memberikan gambaran betapa mereka sebenarnya tidak pernah peka akan nasib rakyat.

Sesungguhnya rakyat sudah penat dengan kegagalan pembangkang yang tidak berperanan dengan baik sebaliknya hanya mengheret rakyat untuk terus berpolitik sepanjang masa.

Pas dan Umno sepatutnya berperanan untuk menjadi pengimbang kepada kepada dasar-dasar kerajaan dan membantu dalam memberikan teguran supaya nasib rakyat lebih terbela.

Kerajaan Pakatan Harapan sedang berusaha gigih memperbaiki negara dari kerosakan yang ditinggalkan rejim Umno dan Barisan Nasional.

Justeru Pas dan Umno perlu muhasabah diri dan kembali berperanan sebagai pembangkang yang baik dengan mempamerkan kualiti sebagai pembangkang. – 20 Julai, 2019.

* Syed Badli Shah Syed Osman adalah naib ketua Pemuda PKR.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen