Malaysia di tangga ke-9 Indeks Kuasa Asia


Malaysia berada di tangga ke-9, dibelakang Australia pada tangga ke-7 dan Singapura pada tangga ke-8 dalam Indeks Kuasa Asia 2019. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Julai, 2019.

MALAYSIA berada di kedudukan ke-9 daripada 25 buah negara Asia dalam sebuah kajiian dilakukan di Australia yang disifatkan kajian paling menyeluruh pernah dibuat tentang kuasa negara Asia.

Tetapi, kajian memberi amaran yang dalam jangka masa panjang kedudukan Malaysia sukar diramal disebabkan situasi politik dan ekonomi negara.

Antara yang perlu diberikan perhatian adalah trend semasa yang boleh mempengaruhi kedudukan ekonomi Malaysia, kata Herve Lemahieu, pengarah program Institut Lowy, sebuah badan pemikir dasar di Sydney yang mengeluarkan Indeks Kuasa Asia itu.

Lemahieu adalah pengkaji utama kajian itu yang pertama kali diterbitkan tahun lepas. Kajian 2019 dilancarkan di Melbourne pada Rabu.

Indeks itu meletakkan Malaysia di tangga ke-9, dibelakang Australia pada tangga ke-7 dan Singapura pada tangga ke-8.

Selepas Malaysia, menurut turutan ialah, Thailand, Indonesia, New Zealand, Vietnam, Taiwan, Pakistan, Korea Utara (Korea Selatan di tangga ke-6) dan Filipina.

Lemahieu berkata yang Malaysia adalah negara yang paling banyak peningkatan selepas Korea Utara berbanding Indeks 2018. – 19 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.


 


 


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen