Pengguna media sosial gesa Syed Saddiq lapor SPRM 


Ketua Pemuda Armada Syed Saddiq Abdul Rahman berkata dia ada bukti namun perlu dibincangkan dengan peguamnya sebelum ia dibawa ke SPRM.– 2 Oktober, 2017.

PENGGUNA laman Facebook dan Twitter Malaysia dilihat tidak yakin dengan dakwaan Syed Saddiq Abdul Rahman hari ini bahawa beliau ditawarkan RM5 juta untuk meninggalkan Bersatu.

Ketua Pemuda Bersatu itu memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa tawaran itu dibuat oleh “penasihat kanan perdana menteri”.

Ramai pengguna media sosial meminta beliau mengemukakan bukti “tawaran” itu dan tidak kurang juga yang memarahinya kerana mengadakan sidang media, tetapi tidak melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Lapor lah @SPRMMalaysia bukan buat PC kata nak hapuskan rasuah,” kata Apai Jebat (@Jebatronlegacy) di Twitter.

Turut berpandangan sama, Syahir5 (@YAHIR) menulis, “Report @SPRMMalaysia bukan buat PC. Tunjuk bukti cepat2. Jgn jadi macam @EzamNor,” wrote Syahir5 (@YAHIR) on Twitter. (Lapor kepada SPRM, bukan adakan sidang media. Tunjukkan bukti cepat-cepat, jangan jadi seperti bekas ahli Bersatu, Mohamad Ezam Mohd Nor.)

“Ada nama tak? Reportable to macc or not?” soal pengguna Twitter, Encik Khalid‏ (@_Acat_). (Ada nama tak? Boleh lapor SPRM atau tidak?).

Yindian™‏ (@yindian5) menerusi Twitter meminta Syed Saddiq mendedahkan nama individu yang membuat tawaran itu kepada umum.

“Namakan dia dan dedahkan kepada umum@SyedSaddiq! Itu lebih mulia daripada sekadar mendakwa. Terima kasih.”

Sementara itu, ditanya tentang bukti pada sidang media, Syed Saddiq berkata dia ada bukti namun perli dibincangkan dengan peguamnya sebelum ia dibawa ke SPRM. 

Tambahnya, rangkaian individu yang korup itu juga turut menghampiri anggota Bersatu lain yang telah meninggalkan parti itu.

Dalam pada itu pengguna media sosial lain juga turut meminta Syed Saddiq menerima tawaran itu dan meminta lebih lagi. 

Della (@dayangnas) menulis dalam tweetnya, “TAKE IT!” (“AMBIL!”)

Ada juga yang meminta jumlah itu dalam matawang lain.

“Dalam Euro, cakap pada mereka Saddiq,” kata pengguna Twitter Aizat Azm3 (@aizatazmi90).

” Lain kali kalau mereka tawarkan kamu wang. Beritahu mereka ia mesti dalam dolar AS,” tweet Leroy Ng (@leroyng).

Menerusi posting di Instagram semalam, Syed Saddiq mendedahkan dia ditawarkan biasiswa untuk menyambung pengajian dalam bidang Dasar Awam di Universiti Oxford.

Bagaimanapun, dalam pengumumanya hari ini, beliau berkata tidak akan menyambung pengajian dan sebaliknya akan terus “mendedahkan rangkaian sistematik aktiviti rasuah”.

Di Facebook, ramai pengguna memberi komen memuji Syed Saddiq kerana menolak wang itu dan tidak melanjutkan pengajiannya.

“Penuh hormat orang muda…Dengan prinsip hidup itu…kamu boleh jadi pemimpin yang hebat..Tak ramai yang mampu menahan godaan..,” kata Walter Ang.

“Saya mempunyai martabat dan prinsip di luar sana. Bukan semua orang adalah sampah seperti mereka. Saya ragu-ragu jika ada sesiapa di sana yang masih ada maruah dalam parti. Syabas Syed Saddiq. Saya pasti anda akan menjadi seseorang di negara reformasi baru kami. Teruskan,” tulis Min Lew di ruangan komen.

Cassel Krishnan parti pemerintah Barisan Nasional, takut dengan personaliti terpelajar dan bersemangat seperti Syed Saddiq.

“Inilah wajah yang ditakuti BN; rakyat Malaysia yang muda, terpelajar dan bersemangat untuk masa depan negaranya,” katanya. – 2 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen