PRESIDEN Parti Sarawak Bersatu (PSB) Wong Soon Koh berkata beliau akan meletakkan jawatannya dalam kabinet Sarawak dalam tempoh 48 jam.
Wong yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan e-dagang merangkap menteri kewangan II kerajaan negeri Sarawak, pada sidang akhbar petang ini berkata, beliau sedang mengatur pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg.
“Mungkin esok atau lusa,” katanya.
Wong berkata kenyataannya yang dibuat di Sibu pada sidang perwakilan khas parti hujung minggu lalu bahawa beliau berharap untuk bertemu ketua menteri telah benar-benar disalah tafsir.
“Ia lebih sopan untuk saya berjumpanya untuk menghantar peletakan jawatan saya. Beliau yang melantik saya. Ia bukannya untuk saya kekal atau tidak atas nasihat ketua menteri,” kata Wong yang memegang jawatan menteri kewangan II selama 15 tahun.
“Ia lebih sopan utuk saya maklumkan beliau secara rasmi yang saya akan tinggalkan kabinet dan ke mana hala tuju parti saya selepas ini,” tambahnya.
Wong turut terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) semalam yang meminta Wong agar berhenti merungut dan meletakkan jawatan dengan segera. – 15 Julai, 2019
Berita penuh di sini.
Komen