Kerajaan Catalonia umum menang, 90% undi sokong merdeka


Seorang lelaki mengibarkan bendera prokemerdekaan dari balkoni rumahnya selepas pusat mengundi ditutup di Barcelona. – Gambar AFP, 2 Oktober, 2017.

KERAJAAN Catalonia hari ini berkata 90% daripada mereka yang mengundi dalam referendum kemerdekaan memilih untuk berpisah daripada Sepanyol.

Dalam satu taklimat ringkas media, jurucakap kerajaan wilayah itu Jordi Turull berkata 2.02 juta rakyat Catalonia mengundi “ya” kepada soalan: “Adakah anda mahu Catalonia menjadi negeri merdeka dalam bentuk sebuah republik?”

Katanya, 2.26 juta orang mengambil bahagian dalam pungutan suara itu. – AFP, 2 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen