Putrajaya sita RM1 bilion dari akaun bank syarikat China


Awal bulan ini, kerajaan Pakatan Harapan mengarahkan gergasi perbankan HSBC memindahkan dana di dalam akaun Petroleum Pipeline Engineering Ltd (CPP) di Malaysia kepada Suria  Strategic Resources Sdn Bhd. – Gambar EPA, 13 Julai, 2019.

PUTRAJAYA merampas lebih RM1 bilion dari sebuah syarikat milik China, Petroleum Pipeline Engineering Ltd (CPP), lapor The Straits Times.

Awal bulan ini, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengarahkan gergasi perbankan HSBC memindahkan dana di dalam akaun CPP di Malaysia kepada Suria  Strategic Resources Sdn Bhd.

Suria  Strategic Resources adalah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan.

Menurut sumber, langkah tersebut ada kaitan dengan pertikaian melibatkan dua projek saluran gas bernilai berbilion dolar yang digantung pada pada Julai tahun lalu kerana terkait dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Selain akaun HSBC, kerajaan Malaysia juga membeku akaun bank CPP yang lain.

CPP yang dipilih sebagai kongraktor utama pada November 2016 oleh kerajaan Barisan Nasional berkata dana tersebut sudahpun dipindahkan. 

“CPP amat mematuhi undang-undang Malaysia dan bingung dengan pemindahan wang tanpa pemberitahuan kepada CPP,” kata syarikat itu.

Ibu pejabat HSBC Kuala Lumpur bagaimanapun enggan memberi sebarang komen dengan alasan menjaga rahsia pelanggan.

CPP, unit syarikat gergasi minyak dan gas China National Petroleum Corp (CNPC) berkata satu perbincangan sedang diadakan dengan pihak berkuasa mengenai pemindahan itu. – 13 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.      


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen