PINEWOOD Studio menamatkan usaha sama terjalin sejak 10 tahun lalu dengan Iskandar Malaysia Studios, lapor Variety.
Kedua-dua pihak mengesahkan berita itu semalam.
Susulan itu, studio yang terletak di atas tanah seluas 20 hektar di Iskandar Puteri itu akan dijenamakan semula sebagai Iskandar Malaysia Studios.
“Dengan matlamat asal kerjasama dicapai- termasuklah pembangunan studio di Malaysia-kedua-dua pihak kini akan memberi tumpuan kepada fasa seterusnya dalam perniagaan masing-masing,” kata mereka dalam kenyataan bersama.
Iskandar Malaysia Studios ditubuhkan Pinewood dan dana kekayaan negara, Khazanah Nasional untuk menjadi hub industri kreatif Asia Pasifik.
Antara siri yang dirakam di situ termasuklah Macro Polo ditayangkan di Netflix dan Asia’s Got Talent.
Pinewood- studio yang ada kaitan dengan pengeluaran filem-filem James Bond- diambil alih oleh Aermont Capital dengan nilai £323.3 juta (RM1.67 bilion) pada 2016. – 12 Julai, 2019.
Komen