Timbalan presiden Parti Sarawak Bersatu umum keluar parti


Desmond Davidson

Timbalan Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dr Jerip Susil mengumumkan keluar parti berkuatkuasa serta merta. – Gambar Facebook, 11 Julai, 2019.

TIMBALAN Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dr Jerip Susil mengumumkan keluar parti berkuatkuasa serta merta.

Jerip yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mambong tidak menyebut akan menyertai mana-mana parti tetapi beliau telah berikrar akan setia kepada Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg.

PSB terdiri daripada bekas ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang keluar parti bersama timbalan setiausaha agung mereka ketika itu, Wong Soon Koh selepas pemilihan parti pada 2011.

PSB adalah pasti yang mesra Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetapi tidak pernah diterima secara rasmi ke dalam gabungan itu.

Dalam surat peletakan jawatan bertarikh semalam Jerip berkata hanya GPS di bawah pimpinan Abang Johari mempunyai visi komitmen dan program yang membawa pembangunan dan kemajuan yang lebih baik kepada penduduk luar bandar.

“Saya mengambil keputusan ini selepas mengambil kira pandangan rakyat dan penyokong di kawasan saya,” katanya dalam surat yang dilihat oleh media menerusi aplikasi WhatsApp petang tadi. – 11 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen