SEORANG exco Perak sedang disiasat polis atas tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Choo Lily ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa semalam.
Walau bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jika suspek atau mangsa sudah dipanggil untuk soal siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Menurut sumber, wanita warga Indonesia itu mendakwa dirogol suspek di sebuah rumah di Meru, Perak.
Sebelum ini, akhbar Sin Chew Daily melaporkan exco penggal kedua itu menafikan dakwaan tersebut.
Bagaimanapun, bapa kepada empat orang anak itu enggan mengulas lanjut memandangkan perkara itu sedang disiasat oleh polis. – 9 Julai, 2019.
Komen