PEMBANGKANG mencabar perdana menteri membuktikan keikhlasan Barisan Nasional (BN) tentang mengembalikan hak Sarawak dengan meminda Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan pada persidangan Parlimen bulan depan.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen berjanji yang usul meletakkan semula Sarawak di kedudukan sewajarnya dalam Persekutuan Malaysia seperti ditetapkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 akan menerima sokongan penuh pembangkang.
“Bentangkan ia. Kami akan sokong,” katanya pada satu sidang media di Kuching hari ini.
Jawapan Chong itu adalah reaksi balas kepada pemimpin BN Sarawak yang memperlekehkan janji Dr Mahathir Mohamad untuk menyemak kembali Perjanjian Malaysia dan melakukan rundingan semula syarat yang selama ini membuatkan Sarawak dan Sabah tidak gembira berada dalam persekutuan pada ceramah malam Ahad lalu di Kuching.
“Jika BN benar-benar ikhlas mengembalikan status Sarawak seperti termaktub dalam MA63, selaku kerajaan sekarang, BN pada bila-bila masa membentangkan usul untuk meminda Perlembagaan di Parlimen,” kata Chong. – 30 September, 2017.
Untuk berita penuh sila baca di sini.
Komen