Adun BN di Melaka akan didakwa seleweng dana kerajaan


Kalidevi Mogan Kumarappa

AHLI Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Melaka, Hasan Abd Rahman dari Umno akan dihadapkan ke mahkamah esok atas tuduhan menyeleweng peruntukan kerajaan semasa beliau jadi exco kerajaan Melaka pada 2016.

Hasan, bekas exco Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun), awal hari ini ditahan bersama keraninya Khuzaimah Abdullah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penahanan mereka disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya.

“Kes adalah berkaitan penyelewengan peruntukan bagi Inisiatif Strategic Linkage di bawah Program Strategik Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS ) tahun 2016 untuk Negeri Melaka yang disalurkan pada Japerun,” katanya dalam satu makluman kepada media.

Menurut Latheefa, Hassan dan Khuzaimah dibebaskan dengan jaminan dan dikehendaki hadir ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka untuk dituduh pada pukul 8.30 pagi esok.

Semasa Pilihan Raya Umum ke-14, Hasan menang kerusi DUN Sungai Rambai mengalahkan calon Bersatu dan PAS dengan majoriti 1,669 undi. Beliau Adun kawasan itu sejak 2008. – 8 Julai, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen