.jpg)
PERPECAHAN dan kesusutan pengaruh politik bangsa Melayu bermula semenjak Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menubuhkan Bersatu.
Lebih memeritkan bila Bersatu menjalinkan kerjasama politik dengan DAP untuk menewaskan Umno.
Setelah PH membentuk Kerajaan, orang Melayu menyedari Bersatu tidak berupaya menjadi jurucakap sebenar bangsa Melayu. Kerana itulah orang Melayu tidak berbondong-bondong menyertai Bersatu.
Menyedari kedudukan Bersatu tidak semakin membaik, malah menjadi lebih susut, Dr Mahathir semalam mempelawa parti politik Melayu menyertai Bersatu.
Umno dan ahli-ahlinya tidak akan menyertai Bersatu untuk selamanya.
Umno adalah parti politik terbesar bangsa Melayu. Ia telah tujuh dekad menjadi jurucakap sebenar bangsa Melayu. Apatah lagi bila Bersatu itu lahir dari rahim Umno.
Umno mesti meneruskan islahnya dan mengukuhkan kerjasama politik dengan PAS.
Ia adalah langkah paling strategik untuk Umno. Kerana ia diasaskan bukan untuk kepentingan politik semata.
Ia adalah wadah kesatuan ummah demi kelangsungan dan kebolehsaingan bangsa Melayu dan kemakmuran Malaysia yang majmuk.
Umno dan PAS akan membentuk kekuatan politik Melayu yang tidak pernah terjelma sebelum ini.
Ia akan menjadi tsunami yang bukan sahaja akan menelan Bersatu, tetapi juga Pakatan Harapan.
Biarlah Umno meneruskan rencananya dengan PAS dan menjayakannya. Kita akan buktikan bahawa strategi politik tersebut adalah lebih ampuh dan lestari.
Kepada Dr Mahathir, seruan ke arah perpaduan Melayu adalah baik. Tetapi Umno telah lebih awal melakukannya dengan bekerjasama dengan PAS. – 5 Julai, 2019.
* Mohamad Hasan adalah Timbalan Presiden Umno
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen